Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Israel telah menahan 337,000 rakyat Palestin sejak permulaan Intifada Pertama pada 8 Disember 1987, kata Pusat Penyelidikan Tahanan Palestin, kelmarin.
Jurucakap organisasi itu, Riyadh Al-Ashqar berkata, langkah agresif itu bagaimanapun gagal mencapai matlamatnya untuk meruntuhkan semangat rakyat Palestin mencapai kemerdekaan.
Menurutnya, rejim Israel telah menahan rakyat Palestin hampir setiap hari.
Menurut laporan, tentera Israel telah menahan 210,000 rakyat Palestin antara tahun 1987 dan 1994, apabila Pihak Berkuasa Palestin ditubuhkan.
Sejak itu, Israel membina dan membuka beberapa penjara untuk 'menyimpan' tahanan Palestin.
Penjara paling terkenal adalah Penjara Al-Naqab, yang terletak di tengah-tengah padang pasir dan menjadi 'kediaman' puluhan ribu tahanan Palestin.
Antara 1994 dan 2000, Israel menangkap 10,000 orang Palestin, 97,000 yang lain ditahan antara tahun 2000 dan 2015.
Sejak 2015 sehingga hari ini, pasukan pendudukan Israel telah menangkap 20,000 orang Palestin.
Laporan itu menegaskan bahawa keperluan perubatan tahanan tidak diendahkan dan akibatnya mereka mengalami pengabaian dan penderaan di penjara Israel.
Al-Ashqar berkata terdapat 27 tahanan Palestin di dalam penjara Israel yang telah menjalani hukuman sejak sebelum penubuhan Pihak Berkuasa Palestin pada tahun 1994. - Middle East Monitor
10 Disember 2018 - 16:59
News ID: 920096
Israel telah menahan 337,000 rakyat Palestin sejak permulaan Intifada Pertama pada 8 Disember 1987, kata Pusat Penyelidikan Tahanan Palestin, kelmarin.